Butiran acara

Acara : Osteoporosis Prevention Fun Run 2019

Tarikh : 15 June 2019

Masa : 6.00 pagi hingga selesai

Tempat : Stadium Temerloh, Pahang

KOD

JARAK

KELAYAKAN UMUR

MASA BERKUMPUL

FLAG OFF

YURAN

A

5 km

15 tahun dan keatas

6.00 pagi

7.00 pagi

RM 45

B

10 km

6.00 pagi

6.45 pagi

RM 60

Yuran tersebut tidak termasuk caj pemprosessan

Kelayakan

Larian ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas

Pingat “Finisher”

Pingat “Finisher” akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan larian di garisan penamat.

Sijil

E-Sijil akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan larian. E-sijil tersebut boleh di muat turun setelah 7 hari dari hari acara dilansungkan.

E-sijil hanya akan didapati untuk di muat turun dalam tempoh 30 hari dari hari ia di muat naik ke laman sesawang tersebut.

Hadiah

Hadiah hanya akan diberikan kepada 3 pelari terpantas bagi jarak larian 10 km sahaja. Bentuk hadiah akan diumumkan kemudian

Keputusan pengadil adalah muktamad

Pendaftaran

Semua peserta di galakkan untuk mendaftar secara online melalui pautan “register”

Nota:

Sekiranya ada peserta yang mengalami masalah dengan pendaftaran secara atas talian, pengisian borang secara manual dan bayaran juga boleh di buat di Klinik Pakar Orthopedik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pada waktu pejabat. (diantara 8.30 pagi hingga 4.30 petang)

Tetapi untuk pendaftaran secara manual harga yuran adalah seperti berikut;

· Jarak 5 km : RM 50

· Jarak 10 km : RM 65

Untuk peserta yang berusia 15 hingga 17 tahun, pendaftaran hendaklah disertakan dengan surat kebenaran dari waris atau penjaga yang sah. Penyertaan tidak akan diterima sekiranya surat kebenaran tersebut tidak dilampirkan semasa pendaftaran atau tidak disi dengan lengkap.

Para peserta hendaklah menyimpan resit atau bukti bayaran dengan cermat bagi memudahkan rujukan. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab atas sebarang masalah yang timbul akibat kehilangan resit atau bukti pembayaran.

Penganjur berhak untuk mengehadkan, menambah atau menolak penyertaan tanpa perlu menunjukan sebab

Kelengkapan larian atau “Race- Kit”

Setiap kelengkapan larian atau “race-kit” akan mengandungi kemeja-T larian, bib dan pin.

Ukuran kemeja-T adalah seperti berikut;

*Tarikh pengambilan awal kelengkapan larian atau “Race-kit” akan diumumkan kemudian di laman web facebook OPFR 2019(https://www.facebook.com/osteoporosisFunRun/)

**Kelengkapan larian juga boleh diambil pada hari acara sebelum jam 7.00 pagi

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi nombor telefon ini

Tel : 09-295 5333, Sambungan/Ext: 1086 (Isnin - Jumaat, 9.00 pagi to 4.30 petang)

Anda juga boleh menghantar pertanyaan kepada laman web facebook kami

https://www.facebook.com/osteoporosisPreventionFunRun/

Tarikh tutup

15 Mei 2019 pada jam 11.55 malam atau sekiranya jumlah peserta yang dikehendaki tercapai

Syarat-syarat lain

  • Penganjur juga berhak untuk mengubah tarikh, tempat atau membatalkan acara pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada peserta. Walau bagaimanapun, pihak penganjur akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta. Sebarang maklumat terkini mengenai acara akan dimaklumkan melalui laman web https://www.facebook.com/osteoporosisFunRun/.
  • Peserta perlu mematuhi laluan larian yang telah ditetapkan, arahan pegawai keselamatan, pegawai pengurusan trafik, pengurusan acara dan mana-mana pegawai penguat kuasa. Peserta perlu mengambil langkah berhati-hati sepanjang masa dan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang aktiviti yang mengancam keselamatan peserta sendiri dan peserta lain.
  • Sekiranya program ini dibatalkan atas sebab berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal oleh pihak penganjur seperti perubahan cuaca, jerebu, hujan atau kilat yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan. Lain-lain perkara yang telah diberikan tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan yang berpunca daripada pihaknya sendiri.
  • Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa-apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain-lain kegunaan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian, kerosakan/kehilangan harta benda peserta sepanjang acara ini berlangsung.
  • Peserta yang sakit/tercedera semasa larian akan dihantar ke mana - mana pusat kesihatan yang terdekat. Kos perubatan adalah tanggungjawab peserta sendiri.

 





Registration is Closed.

Thank you for the support!